07 May 2009

~HIkmaH diSebalik Kejadian~

Sorotan dari peristiwa itu.....


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat.
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan

Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan



Ya Allah
Sekiranya Arjuna Hatiku ini adalah pilihan Mu diArash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya

Sekiranya
Arjuna Hatiku ini adalah bakal suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya
Arjuna Hatiku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya
Arjuna Hatiku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya

Sekiranya
Arjuna Hatiku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya



Tetapi Ya Allah

Sekiranya Arjuna Hatiku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya Arjuna Hatiku tergoda dengan keindahan dunia Mu

Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya

Sekiranya Arjuna Hatiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya Arjuna Hatiku menyintai kesesatan

Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu

Ya Allah
sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu

Ya Allah
ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
I
steri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..


Duhai CinTaku SayangKu.....

~Picca pengubat rindu kala dugaan melanda~

I Love you Too... Syang dan kasih papa hanya utk mama... Maafkan segala kesilapan dan kesalahan papa... papa sedar papa byk buat salh dgn mama,... terima kasih sebb sentiasa sabar dengan kerenah papa... papa xkan sia2 kan hubungan yg telah kita bina ni.... papa janji.. semua ruang sayang dan kasih papa akan papa serahkn dekat mama... i love you so much mama....


Pagi ni sampai2 je ofis, dpt email dr cik papa.. Alahai..........sayunyer rasa hati. Serta merta segumpal darah beku dlm hati ni mula mencair. Wahai cik papaku sayang........adakah janji mu itu ikhlas dari hati? atau sekadar janji tinggal janji? Cik mama dah tak sanggup hidup berteman air mata.:(


p/s: knp lain bebenor bunyi entry kali ni???? Tuggu ye kwn2 kemunculannyer di entry yg akan dtg..